Blog-Blog Sains dan Aplikasi Hadith Psikologi


Semua posting dalam blog-blog di bawah ini adalah berdasarkan hasil kajian hadith psikologi yang dapat dibaca di sini:

1. Blog Analisis Hadith Psikologi
2. Blog Teknik Motivasi Islam
3. Blog Kaunseling Islam
4. Blog Mendorong Pelajar Corot Gaya Islam
5. Blog Team-building Islam
6. Blog Tip Bisnes Training & Trainer 
7. Blog Aplikasi Hadith Psikologi
8. Blog Analisis Linguistik Bahasa Nabi Muhammad

Public-speaking Persuasif Gaya Nabi Muhammad


Judul kursus: Public-speaking Persuasif Gaya Nabi Muhammad
Tempoh: 1 hari
Tempat kursus: Bilik latihan pejabat pelanggan
Jumlah peserta: 20 orang, supaya setiap peserta berpeluang berlatih bercakap

FOTO: Bahan-bahan rujukan pantas yang disediakan untuk peserta kursus.

Nabi Muhammad adalah Model Komunikator Ideal


Nabi Muhammad adalah komunikator yang ideal. Disebabkan beliau tidak pernah tersalah apabila bercakap, hasilnya tidak ada orang yang membenci diri dan peribadi beliau.

Musuh-musuh Nabi Muhammad tidak membenci beliau. Beliau dimusuhi kerana mereka tidak dapat menerima agama Islam yang dibawa oleh beliau.

Tim pengkaji hadith psikologi telah dan sedang terus menjalankan kajian prinsip, strategi dan teknik-teknik komunikasi interpersonal yang digunakan oleh Nabi Muhammad.

Sebahagian daripada teknik-teknik komunikasi yang digunakan oleh Nabi Muhammad sudah dapat digali dan akan diterangkan dalam blog ini.

----

Nota: Tuan dapat menerima secara percuma semua posting dalam blog ini dengan memasukkan alamat emel tuan dalam kotak jendela di tebing kanan blog ini.


Daya Pengaruh Nabi Muhammad


Nabi Muhammad adalah komunikator yang sangat tinggi daya pengaruhnya. Orang yang mendengar beliau bercakap mudah bersetuju dengan apa yang beliau perkatakan.

Unsur-unsur daya pengaruh yang terdapat dalam komunikasi interpersonal Nabi Muhammad adalah:

1. Kefahaman

Orang-orang yang mendengar Nabi Muhammad bercakap dapat memahami semua yang diperkatakannya.

Ertinya, Nabi Muhammad menggunakan teknik-teknik bercakap yang memudahkan semua orang faham, sehingga kanak-kanak pun faham.

Unsur kefahaman adalah sangat penting. Orang hanya terpengaruh kepada apa yang difahami. Jika dia tidak faham, mustahil dia terpengaruh.

Dalam hal ini Nabi Muhammad pernah berpesan supaya kita bercakap menggunakan bahasa yang difahami oleh target kita, atau istilahnya mad'u.

2. Kesetujuan

Apabila Nabi Muhammad bercakap, orang yang mendengar bersetuju dengan perkara-perkara yang diperkatakannya.

Ertinya, Nabi Muhammad menggunakan teknik-teknik bercakap yang memudahkan semua orang bersetuju dengan pemikiran beliau.

Banyak kali berlaku, orang faham apa yang kita percakapkan, tetapi dia tidak setuju! Lalu orang itu menolak perkara baik yang dipercakapkan.

Jadi, ertinya setakat faham sahaja, tidak cukup. Supaya target kita terpengaruh, orang itu perlu bersetuju.

3. Tindakan

Orang yang mendengar Nabi Muhammad bercakap terus melakukan apa yang disarankan oleh beliau.

Ertinya, Nabi Muhammad menggunakan teknik-teknik bercakap yang memudahkan semua orang terpengaruh sehingga mereka segera melakukan apa yang beliau sarankan.

Orang yang memahami percakapan kita mungkin bersetuju, mungkin tidak bersetuju. Jika orang itu faham, dan dia juga bersetuju, tetapi dia tidak mengambil apa-apa tindakan, dia cuma diam sahaja, ertinya dia tidak cukup terpengaruh.

Orang yang benar-benar terpengaruh akan mengambil tindakan melakukan sesuatu yang sesuai dengan perkara yang dipersetujuinya itu. Jika dia setuju tetapi tidak buat apa-apa, ertinya dia tidak terpengaruh bagi melakukan apa yang dicadangkan dalam percakapan itu.

NOTA: Tim pengkaji hadith psikologi mengkaji teknik-teknik komunikasi interpersonal yang digunakan oleh Nabi Muhammad, dan melaporkannya dalam blog ini.

----

Nota: Tuan dapat menerima secara percuma semua posting dalam blog ini dengan memasukkan alamat emel tuan dalam kotak jendela di tebing kanan blog ini.


Fokus Kajian Tim Hadith Psikologi


Sepanjang proses mengkaji teknik-teknik komunikasi interpersonal Nabi Muhammad, 3 prinsip yang dijadikan pegangan oleh Tim Hadith Psikologi adalah:

1. Hadith-hadith yang dijadikan data kajian itu adalah hadith-hadith yang diklasifikasi sebagai hadith autentik, atau sahih, oleh pakar-pakar hadith.

2. Aspek-aspek pada komunikasi interpersonal Nabi Muhammad yang dikaji adalah berdasarkan teks, atau matan hadith semata-mata. Perkara-perkara yang tidak terdapat pada teks hadith tidak akan dikaitkan dengan analisis itu.

3. Berdasarkan 2 prinsip itu, kajian ini menggunakan pendekatan linguistik yang disebut dengan istilah 'situasi konteks' atau 'keperihalan keadaan' atau context of situation.


Kajian Word-Count ke Atas Data Hadith

Salah satu projek penyelidikan yang dijalankan oleh Tim Hadith Psikologi adalah menjalankan analisis word-count ke atas 256 hadith yang disepakati oleh 6 orang imam, dengan jumlah perkataan yang dihitung sebanyak 2420 perkataan.


Blog ini melaporkan hasil analisis kajian itu dan menerangkan implikasinya ke atas teknik-teknik komunikasi interpersonal yang persuasif. 

----

Nota: Tuan dapat menerima secara percuma semua posting dalam blog ini dengan memasukkan alamat emel tuan dalam kotak jendela di tebing kanan blog ini.


.

Perkataan-Perkataan yang Berdaya Pengaruh


Dari sudut komunikasi berpengaruh, perkataan yang kita gunakan sentiasa mencipta kesan ke atas fikiran dan perasaan orang-orang yang mendengar percakapan kita. Ada perkataan-perkataan yang mencipta kesan positif, manakala ada perkataan yang mencipta kesan negatif.

Kajian yang dijalankan oleh Tim Hadith Psikologi mendapati, sesetengah perkataan yang sangat tinggi frekuensi penggunaannya dalam percakapan kita sehari-hari, namun perkataan-perkataan itu tidak pernah digunakan oleh Nabi Muhammad.

Sebagai contoh, perkataan 'sebab' dan 'kerana' (Arab: li'anna) tidak pernah dijumpai dalam catatan hadith-hadith autentik. Begitu juga perkataan 'masalah'. Nabi Muhammad tidak pernah menggunakan perkataan ini. Sebaliknya juga begitu, ada perkataan-perkataan yang Nabi Muhammad suka gunakan.

Dengan membaca catatan kata-kata yang Nabi Muhammad gunakan kita akan dapat dua senarai perkataan:

1. Senarai perkataan yang Nabi Muhammad suka gunakan apabila bercakap.
2. Senarai perkataan yang tidak pernah digunakan oleh Nabi Muhammad apabila bercakap.

Dua senarai itu menerangkan jenis perkataan yang berpengaruh dan tidak berpengaruh. Ia sangat berguna apabila kita mahu mempengaruhi orang yang mendengar kita bercakap.

Dapatan 1: Perkataan 'aurat' Tidak Dijumpai


Laporan kajian word-count (hitung kata) menggunakan software yang dijalankan oleh anggota Tim Hadith Psikologi, Tn. Ahmad Saifuddin Yusof....

Dapatan 1: Perkataan 'aurat' tidak dijumpai

Implikasi dapatan kajian:
 

Nabi Muhammad berjaya mendorong perempuan-perempuan supaya menutup aurat mereka dengan sempurna tanpa bercakap menggunakan perkataan 'aurat'. 

Aplikasi dapatan kajian:

Penggunaan perkataan 'aurat' adalah tidak persuasif bagi mengajak mereka yang masih belum menutup semua auratnya supaya menutup semua auratnya. 

Dalam erti kata yang lain, apabila berdakwah kepada golongan yang belum menutup aurat dengan lengkap, elakkan daripada menggunakan perkataan 'aurat' apabila bercakap ataupun menulis.

Demikian juga, elakkan daripada menggunakan poster-poster dan banner-banner di mana ada foto ataupun lukisan-lukisan yang menunjukkan 'aurat'.


Nota: Analisis word-count ini dijalankan ke atas 256 hadith yang disepakati oleh 6 orang imam, dengan jumlah perkataan yang dihitung sebanyak 2420 perkataan.

 

Dapatan 2: Perkataan 'kafir' Tidak Dijumpai


Laporan kajian word-count (hitung kata) menggunakan software yang dijalankan oleh anggota Tim Hadith Psikologi, Tn. Ahmad Saifuddin Yusof....

Dapatan 2: Perkataan 'aurat' tidak dijumpai

Implikasi dapatan kajian:
 

1. Nabi Muhammad berjaya mengajak orang-orang kafir masuk Islam tanpa bercakap menggunakan perkataan 'kafir'. 

2. Beliau juga berjaya mendorong mereka yang sudah masuk Islam supaya tidak murtad dan kembali menjadi kafir dengan bercakap tanpa menggunakan perkataan 'kafir'.

3. Beliau juga berjaya mendorong orang-orang Islam supaya tidak meniru sikap dan tingkah laku orang-orang kafir dengan bercakap tanpa menggunakan perkataan 'kafir'.

Aplikasi dapatan kajian:

1. Penggunaan perkataan 'kafir' adalah tidak persuasif bagi mengajak mereka yang masih belum Islam supaya masuk Islam.

2. Dalam erti kata yang lain, apabila berdakwah kepada golongan yang masih kafir, elakkan daripada menggunakan perkataan 'kafir' apabila bercakap ataupun menulis.

3. Demikian juga, apabila berdakwah kepada golongan yang masih lemah imannya, elakkan
bercakap menggunakan perkataan 'kafir'.

4. Begitu juga apabila berdakwah kepada golongan yang masih mempunyai ciri-ciri sikap dan tingkah laku macam orang kafir, elakkan daripada menggunakan perkataan 'kafir'.

----

Nota: Tuan dapat menerima secara percuma semua posting dalam blog ini dengan memasukkan alamat emel tuan dalam kotak jendela di tebing kanan blog ini. 


Dapatan 3: Perkataan 'masalah' Tidak Dijumpai


Laporan kajian word-count (hitung kata) menggunakan software yang dijalankan oleh anggota Tim Hadith Psikologi, Tn. Ahmad Saifuddin Yusof.... 

Dapatan 2: Perkataan 'masalah' yang bermakna 'problem' tidak dijumpai

Ada sekali perkataan mas'alah digunakan tetapi dalam konteks hadith itu ia bermakna 'permintaan' bukan 'problem'.


Implikasi dapatan kajian:  

1. Nabi Muhammad seorang yang sejak kecil mengalami dan berdepan dengan banyak masalah, namun beliau tidak bercakap menggunakan perkataan 'masalah'. 

2. Beliau juga berjaya mendorong pengikutnya menyelesaikan masalah mereka, dengan bercakap tanpa menggunakan perkataan 'masalah'.

3. Beliau juga berjaya mendorong pengikutnya supaya mendepani pelbagai masalah dan menyelesaikan masalah-masalah mereka dengan bercakap kepada mereka tanpa menggunakan perkataan 'kafir'.

Aplikasi dapatan kajian:

1. Penggunaan perkataan 'masalah' perlu dielakkan sama sekali baik dalam percakapan harian, dalam usrah, tazkiran, forum, ceramah, ataupun semasa berucap. 

2. Apabila bercakap berkenaan masalah, elakkan daripada menggunakan perkataan 'masalah' ataupun 'problem' sama sekali. Gunakan perkataan lain seperti 'keadaan' ataupun 'situasi'.

3. Apabila mendorong orang lain supaya berani berdepan dengan masalah dan mengatasinya,  elakkan
bercakap kepada mereka menggunakan perkataan 'masalah'.

----

Nota: Tuan dapat menerima secara percuma semua posting dalam blog ini dengan memasukkan alamat emel tuan dalam kotak jendela di tebing kanan blog ini. 

Dapatan 4 & 5: Perkataan 'insan' Tidak Dijumpai


Laporan kajian word-count (hitung kata) menggunakan software yang dijalankan oleh anggota Tim Hadith Psikologi, Tn. Ahmad Saifuddin Yusof....

Dapatan 4: Perkataan 'insan' tidak dijumpai
Dapatan 5: Perkataan 'manusia' digunakan 17 kali

Implikasi dapatan kajian:
 

Nabi Muhammad bercakap dengan manusia menggunakan perkataan 'manusia', dan bukan perkataan 'insan'. Bermakna, perkataan 'manusia' adalah lebih persuasif.

Aplikasi dapatan kajian:

1. Penggunaan perkataan 'insan' adalah tidak persuasif bagi menceritakan hal-ehwal kemausiaan.

2. Sentiasa gunakan perkataan 'manusia' dalam semua urusan harian, baik dalam bentuk lisan mahupun tulisan.

3. Apabila menulis buku, gunakan perkataan 'manusia' bukan 'insan'.


Nota: Analisis word-count ini dijalankan ke atas 256 hadith yang disepakati oleh 6 orang imam, dengan jumlah perkataan yang dihitung sebanyak 2420 perkataan.

Dapatan 6: Perkataan 'sesat' Tidak Dijumpai


Laporan kajian word-count (hitung kata) menggunakan software yang dijalankan oleh anggota Tim Hadith Psikologi, Tn. Ahmad Saifuddin Yusof.... 

Dapatan 6: Perkataan 'sesat' tidak dijumpai

Implikasi dapatan kajian:  

1. Nabi Muhammad berdakwah kepada orang-orang yang 'sesat', namun beliau tidak bercakap menggunakan perkataan 'sesat'. 

2. Beliau juga berjaya mendorong banyak orang yang 'sesat' supaya meninggalkan kesesatan mereka tanpa bercakap menggunakan perkataan 'sesat'.

Aplikasi dapatan kajian:

1. Penggunaan perkataan 'sesat' adalah tidak persuasif. Ia perlu dielakkan sama sekali baik dalam percakapan harian, dalam usrah, tazkiran, forum, ceramah, ataupun semasa berucap. 

2. Apabila bercakap berkenaan topik 'kesesatan', elakkan daripada menggunakan perkataan 'sesat'. 

3. Apabila mendorong orang-orang yang sesat supaya meninggalkan kesesatan mereka, tidak boleh menggunakan
perkataan 'sesat'.

----

Nota: Tuan dapat menerima secara percuma semua posting dalam blog ini dengan memasukkan alamat emel tuan dalam kotak jendela di tebing kanan blog ini. 

Dapatan 7: Perkataan-Perkataan Ajakan Tidak Dijumpai


Laporan kajian word-count (hitung kata) menggunakan software yang dijalankan oleh anggota Tim Hadith Psikologi, Tn. Ahmad Saifuddin Yusof.... 

Dapatan 7: Perkataan-Perkataan Ajakan tidak dijumpai

Implikasi dapatan kajian:  

1. Nabi Muhammad sentiasa mengajak orang supaya melakukan perkara-perkara yang betul, namun beliau tidak bercakap menggunakan perkataan-perkataan ajakan. 

2. Perkataan ajakan adalah seperti:

"Jom...."
"Marilah...."
"Ayuhlah...."

Aplikasi dapatan kajian:

1. Penggunaan perkataan-perkataan ajakan adalah tidak persuasif. Ia perlu dielakkan sama sekali apabila kita mengajak orang supaya mereka mahu:

a. Mahu masuk Islam.

b. Mahu mengerjakan solat dan lain-lain fardhu ain.
c. Mahu mengubah sikap-sikap buruk mereka kepada sikap baik.
d. Mahu berhenti melakukan perkara-perkara yang salah dan berdosa.
e. Mahu ikut serta dalam projek amal yang kita jalankan.
f. Mahu menerima pandangan, cadangan, dan idea-idea yang kita kemukakan.
g. Mahu menjalankan kerja yang kita suruh supaya mereka jalankan. 

2. Contoh-contoh ayat yang mengajak-ajak orang:

"Jom kita solat berjemaah."
"Marilah kita bertaubat sebelum terlambat."
"Ayuhlah berjuang menegakkan hukum Islam."


3. Di sebalik ayat-ayat ajakan terselindung dua unsur negatif:

a. Unsur tuduhan halus

"Jom solat berjemaah." 
Tuduhan halusnya: Orang yang diajak itu tidak mahu solat berjemaah.

b. Unsur riak halus

"Marilah kita bertaubat sebelum terlambat." 
Riak halusnya: Dia sudah bertaubat, orang lain tidak bertaubat.

----

Nota: Tuan dapat menerima secara percuma semua posting dalam blog ini dengan memasukkan alamat emel tuan dalam kotak jendela di tebing kanan blog ini.

Dapatan 8: Frasa Ucapan Penghargaan 'terima kasih' Tidak Dijumpai dalam Hadith


Teknik Nabi Muhammad menyatakan penghargaan kepada sahabat-sahabat yang berbuat baik kepada beliau adalah berbeza dengan teknik yang lazimnya kita gunakan.

Salah satu frasa yang tidak dijumpai dalam hadith-hadith yang dijadikan data dalam kajian ini adalah frasa 'terima kasih.'

Ertinya, Nabi Muhammad tidak menggunakan ucapan 'terima kasih' (ataupun dalam bahasa Arabnya, perkataan 'syukran') apabila beliau menyatakan penghargaan ataupun rasa terhutang budi kepada seseorang.

Dalam teks-teks hadith yang dikaji, apabila Nabi Muhammad menyatakan penghargaan, beliau tidak menggunakan perkataan, sebaliknya beliau menyatakannya penghargaannya itu dalam bentuk perbuatan.

Dalam erti kata yang lain, Nabi Muhammad membalas perbuatan baik yang diterimanya dengan beliau sendiri melakukan sesuatu bagi membalas kebaikan yang diterima itu. Ringkasnya, beliau mengamalkan prinsip 'baik balas baik' atau 'budi balas budi'.

Ini berbeza dengan amalan lazim di mana kita mengamalkan prinsip 'baik balas kata-kata'.

Rekod-rekod hadith menunjukkan, perbuatan yang paling banyak beliau lakukan bagi menyatakan penghargaan adalah dengan mendoakan orang yang dihargai itu.


Dapatan 9: Perkataan 'sebab' Tidak Dijumpai


Laporan kajian word-count (hitung kata) menggunakan software yang dijalankan oleh anggota Tim Hadith Psikologi, Tn. Ahmad Saifuddin Yusof.... 

Dapatan 9: Perkataan 'sebab' Tidak Dijumpai

Implikasi dapatan kajian:  

Dalam bahasa Arab, perkataan 'sebab' adalah:

asbab
sabab

Dalam semua hadith yang dikaji, didapati Nabi Muhammad bercakap dengan tidak menggunakan perkatan 'sebab'.

Aplikasi dapatan kajian: 

Ayat-ayat yang menggunakan perkataan 'sebab' memberikan rasional di sebalik apa yang berlaku.


Bengkel Interpersonal Gaya Nabi Muhammad

Bengkel Interpersonal Gaya Nabi Muhammad di FINE Academy, Wangsa Melawati.

Nabi Muhammad Mempamerkan Emosi Kagum Apabila Memuji Hasil Kerja Anak Buahnya


Salah satu kemahiran interpersonal yang relevan digunakan oleh ketua-ketua bagi mendorong anak-anak buahnya adalah memuji hasil kerja mereka. Namun banyak ketua tidak menggunakan puji-pujian sebagai alat mendorong disebabkan mereka tidak yakin pujia-pujian dapat mengubah tingkah laku negatif menjadi positif.

Bukan semua kata-kata pujian dapat mengikatkan semangat bekerja. Malah ada jenis pujian yang boleh mencipta kesan sebaliknya ke atas semangat kerja anak-anak buah.

Memuji hasil kerja adalah salah satu teknik motivasi yang digunakan oleh Nabi Muhammad.

Contoh ayat-ayat yang digunakan oleh Nabi Muhammad apabila memuji hasil kerja anak buahnya:

"Saya kagum dengan kata-kata itu. Pintu-pintu langit dibuka kerana kata-kata itu."

"Bakh! Bakh! Sesungguhnya saudara telah bertanyakan suatu soalan yang agung."

Kata seruan Bakh! Bakh! adalah bentuk dalam bahasa Arab klasik. Dalam bahasa Melayu ia sama sengan Bagusnya! Bagusnya!

----

Nota: Tuan dapat menerima secara percuma semua posting dalam blog ini dengan memasukkan alamat emel tuan dalam kotak jendela di tebing kanan blog ini.

Ketua yang Dihormati Anak Buah adalah Ketua yang Menjamin Keselamatan Sosial Mereka


Keselamatan sosial adalah perasaan di mana seseorang itu berasa yakin dirinya tidak akan mendapat malu di hadapan orang lain.

Apabila seseorang itu berasa ada kemungkinan dia akan dimalukan di hadapan orang, maka dia dikatakan berdepan dengan 'risiko sosial'. Risiko sosial adalah salah satu faktor mengapa ada kalanya kita tidak mahu mendedahkan maklumat tentang diri kita yang boleh menyebabkan kita mendapat malu.

Nabi Muhammad adalah seorang ketua yang disukai oleh anak-anak buahnya. Tidak ada orang takut hendak datang berjumpa Nabi Muhammad dan mengemukakan masalah mereka.

Apabila Nabi Muhammad bercakap dengan orang-orang yang pernah melakukan kesalahan, beliau tidak mengucapkan kata-kata yang boleh menjatuhkan air muka pesalah itu.

Apabila ada orang datang berjumpa Nabi Muhammad dan mengaku dia telah melakukan kesalahan dan sudah insaf, beliau sama sekali tidak menyiasat latar belakang kesalahannya itu. Ini dilakukan oleh Nabi Muhammad sama ada pada waktu itu ada orang lain di situ ataupun hanya mereka berdua yang ada.

Contoh ayat-ayat siasatan:

"Kenapa kamu lakukan kesalahan itu?" (SALAH)
"Adakah kamu tidak tahu perbuatan itu terkutuk?" (SALAH)
"Bukankah kamu sudah tahu apa hukumnya?" (SALAH)
"Siapa lagi yang ada bersama kamu?" (SALAH)
"Apa sebenarnya tujuan kamu melakukan dosa itu?" (SALAH)

----

Nota: Tuan dapat menerima secara percuma semua posting dalam blog ini dengan memasukkan alamat emel tuan dalam kotak jendela di tebing kanan blog ini.
 

Bahasa dan Ucapan Ketua Yang Boleh Mematahkan Semangat Anak Buah


Salah satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang yang mahu naik pangkat ke jawatan ketua unit, ketua bahagian, ketua jabatan, timbalan pengurus, pengurus, timbalan pengarah, pengarah dan ketua pengarah adalah kemahiran menyampaikan ucapan yang menaikkan semangat kerja orang-orang bawahannya.

Salah satu faktor yang menyebabkan audiens suka mendengar ucapan adalah apabila ucapan itu menggunakan perkataan-perkataan yang dipilih dengan teliti supaya apabila diucapkan ia mendorong naiknya semangat kerja mereka yang mendengar.

Ada perkara-perkara yang ketua tidak boleh sebut dalam ucapan. Sebagai contoh:

1. Nasihat

Nasihat tidak boleh disebut dalam ucapan. Nasihat hendaklah diberikan kepada orang yang memerlukan nasihat itu sahaja.

Sebagai contoh, nasihat supaya staf datang kerja awal tidak boleh disebut dalam ucapan di hadapan audiens. Dalam audiens itu banyak yang datang kerja awal. Mereka yang sentiasa datang kerja awal akan tersinggung dan sakit hati mendengar ketua menyampaikan ucapan seperti itu!

2. Teguran

Teguran tidak boleh disebut dalam ucapan. Teguran hendaklah diberitahu kepada yang empunya diri yang melakukan kesalahan yang ditegur itu sahaja.

Sebagai contoh, teguran kepada staf lelaki yang suka mengusik-usik staf perempuan. Teguran itu tidak boleh disampaikan dalam ucapan kerana staf lelaki yang tidak melakukan kesalahan seperti itu akan berasa diri mereka juga dituduh oleh si ketua.

----

Nota: Tuan dapat menerima secara percuma semua posting dalam blog ini dengan memasukkan alamat emel tuan dalam kotak jendela di tebing kanan blog ini.


Nabi Muhammad Tidak Pernah Berdebat dengan Sesiapa


Tidak terdapat catatan dalam rekod-rekod sejarah yang menunjukkan Nabi Muhammad pernah menggunakan kaedah berdebat bagi menerangkan sesuatu truth ataupun sesuatu yang benar.

Dalam kaedah debat, mesti ada 2 pihak, di mana masing-masing pihak percaya bahawa pendapatnya betul manakala pendapat pihak yang satu lagi adalah salah.

Sebagai contoh:

Ada orang yang yakin Bible yang ada sekarang bukan kata-kata Tuhan. Jadi, dia pun mengemukakan hujah-hujah bagi membuktikan Bible bukan kata-kata Tuhan.

Di satu pihak lain, ada orang yang yakin bahawa Bible adalah kata-kata Tuhan. Jadi dia pun mengemukakan hujah-hujah bagi membuktikan Bible adalah kata-kata Tuhan.

Begitulah yang dikatakan kaedah debat. Kaedah debat sangat popular. Di mana-mana kita dapat mendengar orang berhujah menggunakan kaedah debat.

Intipati kaedah debat adalah: Kita membuktikan pendapat kita BETUL dengan membuktikan pendapat orang lain SALAH.

Logik dalam kaedah debat adalah: "Kamu salah, jadi saya betul." "You are wrong, therefore I am ringht."

Tidak ada catatan sejarah yang menunjukkan Nabi Muhammad pernah berhujah dan berdebat dengan sesiapa bagi membuktikan pendapat orang itu salah, manakala pendapat beliau betul.


Nabi Muhammad Bercakap Menggunakan Bahasa Arab Tinggi


Gaya bahasa Nabi Muhammad adalah gaya bahasa yang persuasif, yakni berpengaruh. Orang suka mendengar setiap perkataan yang keluar dari bibir beliau.

Bahasa adalah satu satu faktor yang menyebabkan orang suka mendengar Nabi Muhammad berkata-kata. Kata-kata beliau mudah didengar, dan mudah diingat.

Dengan meniru ciri-ciri pada gaya bahasa Nabi Muhammad, kita dapat meningkatkan daya pengaruh kita apabila bercakap. Dengan itu orang suka mendengar kita bercakap, mereka mudah bersetuju dengan idea dan pendapat kita, dan mereka melakasanakan perkara yang kita sarankan.

Berdasarkan rekod sejarah yang mencatatkan secara verbatim, yakni catatan kata demi kata, percakapan Nabi Muhammad menunjukkan beliau bercakap menggunakan bahasa Arab tinggi, yakni bukan bahasa Arab basahan.

Dari teks, atau matan hadith-hadith yang dikaji, tidak terdapat data yang menunjukkan Nabi Muhammad bercakap menggunakan elemen bahasa basahan.

Contoh elemen bahasa basahan:

1. Perkataan kontot. Contoh:

dah = sudah
tu = itu
ni = ini
tak = tidak.

2. Ayat yang tidak lengkap subjek-predikatnya. Contoh:

"Belum." (tiada subjek, tiada predikat)
"Ambil di sana." (tiada subjek)
"Keldai itu." (tiada predikat)

3. Perkataan bahasa basahan. Contoh:

nak = mahu
jom = marilah
biar = supaya
agaknya = barangkali 
ingat = sangka
ingatkan = saya sangka

4. Frasiologi bahasa basahan. Contoh:

lepas tu = kemudian
macam mana = bagaimana
siapa sangka = tidak disangka
tau-tau = tiba-tiba
apa nak jadi kalau = apa akan berlaku sekiranya
pandai-pandai sahaja = memandai-mandai

Nota: Nabi Muhammad bercakap menggunakan bahasa tinggi dengan sesiapa sahaja, di mana-mana sahaja, dan pada bila-bila masa sahaja -- meskipun semasa beliau bercakap kepada kanak-kanak ataupun kepada hambanya, isterinya, anaknya dan anak menantunya.


----

Nota: Tuan dapat menerima secara percuma semua posting dalam blog ini dengan memasukkan alamat emel tuan dalam kotak jendela di tebing kanan blog ini.