Perkataan-Perkataan yang Berdaya Pengaruh
Dari sudut komunikasi berpengaruh, perkataan yang kita gunakan sentiasa mencipta kesan ke atas fikiran dan perasaan orang-orang yang mendengar percakapan kita. Ada perkataan-perkataan yang mencipta kesan positif, manakala ada perkataan yang mencipta kesan negatif.
Kajian yang dijalankan oleh Tim Hadith Psikologi mendapati, sesetengah perkataan yang sangat tinggi frekuensi penggunaannya dalam percakapan kita sehari-hari, namun perkataan-perkataan itu tidak pernah digunakan oleh Nabi Muhammad.
Sebagai contoh, perkataan 'sebab' dan 'kerana' (Arab: li'anna) tidak pernah dijumpai dalam catatan hadith-hadith autentik. Begitu juga perkataan 'masalah'. Nabi Muhammad tidak pernah menggunakan perkataan ini. Sebaliknya juga begitu, ada perkataan-perkataan yang Nabi Muhammad suka gunakan.
Dengan membaca catatan kata-kata yang Nabi Muhammad gunakan kita akan dapat dua senarai perkataan:
1. Senarai perkataan yang Nabi Muhammad suka gunakan apabila bercakap.
2. Senarai perkataan yang tidak pernah digunakan oleh Nabi Muhammad apabila bercakap.
Dua senarai itu menerangkan jenis perkataan yang berpengaruh dan tidak berpengaruh. Ia sangat berguna apabila kita mahu mempengaruhi orang yang mendengar kita bercakap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment