Dapatan 7: Perkataan-Perkataan Ajakan Tidak Dijumpai


Laporan kajian word-count (hitung kata) menggunakan software yang dijalankan oleh anggota Tim Hadith Psikologi, Tn. Ahmad Saifuddin Yusof.... 

Dapatan 7: Perkataan-Perkataan Ajakan tidak dijumpai

Implikasi dapatan kajian:  

1. Nabi Muhammad sentiasa mengajak orang supaya melakukan perkara-perkara yang betul, namun beliau tidak bercakap menggunakan perkataan-perkataan ajakan. 

2. Perkataan ajakan adalah seperti:

"Jom...."
"Marilah...."
"Ayuhlah...."

Aplikasi dapatan kajian:

1. Penggunaan perkataan-perkataan ajakan adalah tidak persuasif. Ia perlu dielakkan sama sekali apabila kita mengajak orang supaya mereka mahu:

a. Mahu masuk Islam.

b. Mahu mengerjakan solat dan lain-lain fardhu ain.
c. Mahu mengubah sikap-sikap buruk mereka kepada sikap baik.
d. Mahu berhenti melakukan perkara-perkara yang salah dan berdosa.
e. Mahu ikut serta dalam projek amal yang kita jalankan.
f. Mahu menerima pandangan, cadangan, dan idea-idea yang kita kemukakan.
g. Mahu menjalankan kerja yang kita suruh supaya mereka jalankan. 

2. Contoh-contoh ayat yang mengajak-ajak orang:

"Jom kita solat berjemaah."
"Marilah kita bertaubat sebelum terlambat."
"Ayuhlah berjuang menegakkan hukum Islam."


3. Di sebalik ayat-ayat ajakan terselindung dua unsur negatif:

a. Unsur tuduhan halus

"Jom solat berjemaah." 
Tuduhan halusnya: Orang yang diajak itu tidak mahu solat berjemaah.

b. Unsur riak halus

"Marilah kita bertaubat sebelum terlambat." 
Riak halusnya: Dia sudah bertaubat, orang lain tidak bertaubat.

----

Nota: Tuan dapat menerima secara percuma semua posting dalam blog ini dengan memasukkan alamat emel tuan dalam kotak jendela di tebing kanan blog ini.

Dapatan 8: Frasa Ucapan Penghargaan 'terima kasih' Tidak Dijumpai dalam Hadith


Teknik Nabi Muhammad menyatakan penghargaan kepada sahabat-sahabat yang berbuat baik kepada beliau adalah berbeza dengan teknik yang lazimnya kita gunakan.

Salah satu frasa yang tidak dijumpai dalam hadith-hadith yang dijadikan data dalam kajian ini adalah frasa 'terima kasih.'

Ertinya, Nabi Muhammad tidak menggunakan ucapan 'terima kasih' (ataupun dalam bahasa Arabnya, perkataan 'syukran') apabila beliau menyatakan penghargaan ataupun rasa terhutang budi kepada seseorang.

Dalam teks-teks hadith yang dikaji, apabila Nabi Muhammad menyatakan penghargaan, beliau tidak menggunakan perkataan, sebaliknya beliau menyatakannya penghargaannya itu dalam bentuk perbuatan.

Dalam erti kata yang lain, Nabi Muhammad membalas perbuatan baik yang diterimanya dengan beliau sendiri melakukan sesuatu bagi membalas kebaikan yang diterima itu. Ringkasnya, beliau mengamalkan prinsip 'baik balas baik' atau 'budi balas budi'.

Ini berbeza dengan amalan lazim di mana kita mengamalkan prinsip 'baik balas kata-kata'.

Rekod-rekod hadith menunjukkan, perbuatan yang paling banyak beliau lakukan bagi menyatakan penghargaan adalah dengan mendoakan orang yang dihargai itu.


Dapatan 9: Perkataan 'sebab' Tidak Dijumpai


Laporan kajian word-count (hitung kata) menggunakan software yang dijalankan oleh anggota Tim Hadith Psikologi, Tn. Ahmad Saifuddin Yusof.... 

Dapatan 9: Perkataan 'sebab' Tidak Dijumpai

Implikasi dapatan kajian:  

Dalam bahasa Arab, perkataan 'sebab' adalah:

asbab
sabab

Dalam semua hadith yang dikaji, didapati Nabi Muhammad bercakap dengan tidak menggunakan perkatan 'sebab'.

Aplikasi dapatan kajian: 

Ayat-ayat yang menggunakan perkataan 'sebab' memberikan rasional di sebalik apa yang berlaku.