Dapatan 6: Perkataan 'sesat' Tidak Dijumpai
Laporan kajian word-count (hitung kata) menggunakan software yang dijalankan oleh anggota Tim Hadith Psikologi, Tn. Ahmad Saifuddin Yusof....
Dapatan 6: Perkataan 'sesat' tidak dijumpai
Implikasi dapatan kajian:
1. Nabi Muhammad berdakwah kepada orang-orang yang 'sesat', namun beliau tidak bercakap menggunakan perkataan 'sesat'.
2. Beliau juga berjaya mendorong banyak orang yang 'sesat' supaya meninggalkan kesesatan mereka tanpa bercakap menggunakan perkataan 'sesat'.
Aplikasi dapatan kajian:
1. Penggunaan perkataan 'sesat' adalah tidak persuasif. Ia perlu dielakkan sama sekali baik dalam percakapan harian, dalam usrah, tazkiran, forum, ceramah, ataupun semasa berucap.
2. Apabila bercakap berkenaan topik 'kesesatan', elakkan daripada menggunakan perkataan 'sesat'.
3. Apabila mendorong orang-orang yang sesat supaya meninggalkan kesesatan mereka, tidak boleh menggunakan perkataan 'sesat'.
----
Nota: Tuan dapat menerima secara percuma semua posting dalam blog ini dengan memasukkan alamat emel tuan dalam kotak jendela di tebing kanan blog ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment